Tuesday 24 May 2011

.:SIAPA MAHARAJA LAWAK??:.


korang tengok tak Maharaja Lawak (ML) . aku memang suka la sebab rancangan ni kompem2 kelakar habis sebab boleh dikatakan semua peserta dah ada cara tersendiri dan pengalaman melawak termasuk amir . tapi yang tak best nya lepas je astro tayang ML ni kat astro prima selama 2 minggu, tup tup tukar astro mustika pulak . aku ni mana lah ada duit nak langgan, nak isi minyak motor pun mintak kat mak . ahaha . so aku geram semua group kat facebook aku like . contoh nya :

Kami Mahu Maharaja Lawak Disiarkan Sepenuhnya Di Astro Prima
Bantah Maharajalawak Di Astro Warna
Kami Tengok Maharajalawak Tapi Tak Undi Pun
Kami Mahu Maharaja Lawak Disiarkan Sepenuhnya Di TV1
Kami tengok Maharaja Lawak kat YouTube Jer
Kami Mahu Amir Tersingkir ML
last2 memang dekat youtube je lah aku singgah . laju kot diorang ni upload . baru je sejam habis rancangan korang dah boleh bukak channel Youtube Mustika (ni aku reka je). so tenkiu kat uploader yang prihatin dan mesra pengguna . 

bagi aku sapa2 pun boleh menang . semua kelakar kot . bukan senang nak buat lawak sebenar nya . so tips nak bagi enjoy bila tgk ML ni ialah sebelum start rancangan je korang dah mind set nak gelak . ini penting untuk mengelak kan korang rasa korang boleh buat lagi kelakar dari diorang . (lagi saiko bila aku tengok ML dengan member yang memang dah putus urat gelak . muka series je padahal orang sekeliling dah gelak guling2 ) . so support lah peserta2 ni walaupun kadang2  lawak tu nak tiru macam Mr.Bean . hehehe

sekarang ni aku nak bagi sikit komen dan pendapat tentang peserta2 pulak . ni just dari pandangan aku je so korang jangan lah singkirkan@kutuk aku pulak . 

JOZAN
Sape tak kenal dua budak ni . bagi aku diorang ni memang terbaik . sebelum rancangan ML ni start lagi orang dah jangka Jozan akan menang mudah . tapi berdasarkan persembahan diorang setakat ni macam ada tekanan sikit . mungkin idea diorang terbatas sebab ini dalam pertandingan . diorang ni kalau bagi spontan memang makanan lah . so tiap2 minggu Jozan akan lakukan satu  situasi dan menambahkan unsur2 lawak dalam tu . kelakar jangan criter la . ingat tak Mael Lambung . peminat Jozan memang ramai giler . andaikata Jozan tak menang, dun worry aku tetap akan gelarkan diorang Maharaja Spontan .

NABIL
Bergerak solo dalam membuat persembahan . memang susah . tapi brader ni korang tau je lah steady je bila buat stand up comedy . hebat dalam menyusun cerita2 kelakar nya . punch line yang kena pada masa nya . kadang2 tu sindiran pun ada dalam lawak dia . cuma terasa atau tak je . idea baru dia memang banyak . paling best masa musical comedy . boleh pulak nabil guna lagu grenade kutuk boss dia . terbaik . nasihat guwa pada lu nabil . jangan over sangat . bukan senang nak puas kan hati semua orang . guwa tetap support lu .



SEPAH
bujang sepah ni dulu memang terkenal dengan double meaning tapi sekarang dah tak ada . lawak diorang sekarang memang tip top . boleh di katakan wajib lah tengok persembahan diorang tiap2 minggu . kalau tak rasa macam milo ais tak ade straw . hehehe . shuib yang dulu macam segan2 sekarang dah makin menjadi . nazri jangan criter lah . apa yang keluar dari mulut dia semua kelakar . so potensi nak menang tu ada . tapi kena tengok undi dari korang lah .





JAMBU

'muka legend hati cute' . perghh pink tu . mana korang nak cari pelawak yang pakai pink tiap2 minggu . jambu je boleh buat . kelakar dan comel lah persembahan diorang . bagi aku astro memilih jalan yang tepat gabungkan dua orang ni . sebab bagi aku kalau diorang ni buat persembahan solo memang kurang sikit . so gabungan yus dan tauke terciptalah komedi yang buat orang gelak tak henti2 . part nora danish tu memang best . undi diorang pun semakin meningkat . so goodluck untuk jambu .



BALAS
lawak bersahaja . cuma sekarang ni ramai cakap balas ni banyak buat lawak l*c*h . tapi selalu nya orang cakap macam tu akan gelak dulu baru cakap diorang ni l*c*h . betul tak . so kira kelakar la jugak tu . cuma kalau lama2 tu orang pening gak dengar lawak macam ni (kesian kat aku jenis yang susah nak paham..ehehe). tapi nak tengok ngan family pun segan . jap lagi mana lah tau tiba2 adik korang umur 5 tahun tanya kat mak korang "mak kenapa dia kira jari tu ada 11" . ahaha . berpeluh gak nak jawab tu . 




R2
"undi masuk" . tahniah kat diorang berjaya beraksi kembali . memang tak sangka diorang keluar awal . tapi ternyata peminat masih lagi nak tengok diorang mengklakakan semua orang . masa minggu diorang masuk balik tu memang persembahan lepas geram lah . terbaik . berbaloi dapat masukkan diorang ni . cuma kalau sapa2 yang selalu baca lawak2 dari internet atau mastika, akan perasan lah lawak R2 ni banyak dari situ . cuma diorang pandai jadi kan jalan cerita . so memang aku  respect lah . janji lawak . tak kisah la amik dari mana pun . 



itu je lah sedikit perkongsian dan penterjemahan tentang maharaja lawak ni . so jangan lupa tengok sampai final . tapi tak kan final nak tengok kat youtube gak . ermmm . ok lah dari pada tak tgk langsung .

p/s : aku tak tgk AF so tak ada lah entry pasal AF erh...:P

gambar diambil dari FB Maharaja Lawak

2 comments:

Ain Zulaikha said...

jozan banyak sangat pengaruhnya, sebab tu ramai orang sokong dia.. lagi2 dia mmg pak lawak kan.. tapi kekdang terfikir tak mustahil kan jambu akan menang or sepang barangkali?? hehehe

Schafiq Hasyriq said...

bg wa, lu lg klaka jang...ari2 wa gelak bile ngn lu...haha