Friday 14 October 2011

.:Ciri2 Lelaki Yang Patut di Buat Suami:.








korang nak yang macam ni . tak usahlah bermimpi . ini hanyalah propaganda agen2 korea bagi melariskan rakyat2 mereka yang menganggur . ahaha . mesti peminat2 korea marah kat gua lepas ni . 

entry kali ni gua nak huraikan sedikit ciri2 lelaki idaman yang patut wanita beri perhatian untuk dibuat calon suami . mereka yang ada ciri2 ini mungkin membuat anda sejuk hati dan terbawak bawak sampai ke mimpi . 


hormat orang tua
Ini adalah ciri yang penting bagi setiap lelaki . dia jenis yang tak meninggi suara walaupun dia tinggi dari orang tua tu . lagi satu hormat bila lalu dihadapan orang tua . korang tau tak macam mana . bila berjalan di hadapan orang tua mahupun rumah orang tua, lelaki ini akan jalan bongkok sedikit dengan tangan kanan dijulur kan ke bawah dan diseret kelantai . kalau nak lebih sopan seret kan sekali kepala korang di lantai dan berjalan dengan kelajuan 5 km/j . abaikan darah2 yang mengalir kerana lagi banyak atau pekat darah korang di lantai itu semakin sopan anda sebenarnya .

rambut sikat ketepi
sikat ketepi ni bukan bermaksud anda perlu sikat rambut kat tepi dinding mahupun tepi longkang . maksud gua sikat rambut lu orang dari kanan ke kiri ataupun kiri ke kanan . dulu masa kecik2 mak gua selalu sikat rambut gua ketepi . mungkin mak gua tahu yang gua akan menjadi lelaki yang menjadi kegilaan wanita satu hari nanti . bukan apa sebenar nya . sikat ketepi ni nampak macam kemas sikit . kalau yang jenis suka guna minyak baby johnson sebagai minyak rambut tu lagi bagus . berkilat je rambut . silap2 boleh masuk iklan 'guna jari pun boleh' .

pakai spek mata
kalau boleh pakai power yang 10000 punya . kira spek tu power la . banyak fungsi . nak buat tengok anak bulan ataupun gerhana bulan pun boleh . tak pun boleh guna masa nak welding besi . baru lah nampak macam anda ni berpelajaran dan multi tasking . semua benda boleh buat . orang cakap pakai spek ni skema . haa nampak tak?? . skema tu kan baik . bagus lah . nak rompak bank pun orang tak tuduh melulu . "erh budak pakai spek tu rompak bank la . mesti skema kan dia . dia nak buat beli buku la tu . ish3x "

merendahkan pandangan
bila jumpa perempuan je mesti tunduk . segan . takut2 terlihat aurat wanita . rasa bersalah nanti . baik kan lelaki macam ni? Hatta, sampaikan masa nak beli goreng pisang pun dia tak pandang makcik yang jual goreng pisang tu . akhir nya makcik tu tegur " kau ni nak beli goreng pisang ke nak tengok pisang . dari tadi asyik tunduk je" . "erh maaf kan saya makcik, bagi saya pisang emas di bawa belayar rm3 " .

Justeru itu, gua bukan lah nak cakap korang kena jadi exactly sopan dan baik macam ni, tapi kita kena lah berusaha untuk jadi yang lebih baik . sebab kalau korang nak partner yang terbaik korang kena lah jadi yang terbaik . jodoh tu ada . jangan risau . tak kisah la jumpa kat pasar malam ke, jumpa kat stesen bas ke mahupun jumpa kat blog .  itu semua dah tertulis .

mana laki aku ni...


sorry gua memang suka merepek . sekian . tq