Monday 27 June 2011

.:Best ke Jadi Budak Tinggi??:.



usop berkata "uishh tinggi nye klcc tu ". lantas di sampuk Dol disebelah "elerh kau tak tengok kawan aku, lagi tinggi dari klcc tu" . usop hanya tersenyum mendengar lawak dari Dol sebab dia tahu tadi kepala Dol baru sahaja terantuk dekat dinding .

"best ke jadi tinggi" . kadang2 aku pun terpikir gak . kalau laki mesti banyak kelebihan nya . untuk perempuan lak yang aku tau kalau bini lagi tinggi orang cakap murah rezeki . hehehe

istilah tinggi atau panjang diberi kepada insan yang mempunyai ketinggian di luar kawasan orang2 yang berketinggian sederhana . adui pening nya ayat . maksud aku kalau laki tinggi dia lebih kurang 180cm ke atas dan bagi perempuan pula 170cm ke atas boleh dikategori kan sebagai tinggi . now read my lips . tall. taller, tallest . good . dah boleh masuk pertandingan spelling ni .

so aku terpikir beberapa perkara yang patut diberi perhatian untuk rakan2 anda yang tinggi . banyak kelebihan diorang sebenar nya . contoh nya :



1) kalau jalan dengan kawan2 korang kat tempat yang sesak . selalu nya mesti korang akan tersesat . so yang tinggi x payah susah2 nak cari kawan lain . kawan2 si tinggi secara automatik nya akan mencari kepala yang tersembul keatas di celah-celah kesesakan orang ramai . dan kepala itu akan membantu mereka yang kesesatan .

2) bagi yang sudah berpunya . tinggi ni banyak kelebihan nya . kalau tinggi awek susah nak kiss . so terlepas dari buat dosa . awek nak tampar manje pun susah . tapi dont worry si pakwe yang tinggi akan membantu si awek untuk angkat barang2 shopping . ade ke patut korang buat dia macam tempat penyidai . tau lah tempat nak gantung panjang .



3) kalau bergambar ramai2 semua mesti nak duduk depan , tapi bagi si budak tinggi dia tak perlu bersusah payah, si tinggi akan lalu je kat belakang sambil sengih2 buat peace . tak payah nak diri atas kerusi .



4) kadang2 si tinggi ni dia tak akan perasan benda yang kecil di bawah nya . especially budak2 umur 4 atau 5 tahun yang suka berlari2 . TETAPI si tinggi tidak perlu risau kerana di sebabkan kaki nye yang panjang budak2 yang sedang berlari2 secara automatik selamat lalu di antara kaki si tinggi tanpa cedera parah .

 (erh budak ni nak lalu bawah aku ke??)


tapi jadi budak tinggi ni bukan semua nya indah . berdasarkan survey dikalangan kawan2 aku yang tinggi, part nak pilih pakaian memang susah kat malaysia ni . sebab tu nak kena beli brand luar negara je cewahhh (mengalahkan makcik 2020 je). korang bayangkan lah bila nak beli seluar, bila try seluar tu saiz pinggang dah ok . tapi bila tengok kat cermin dah macam michael jackson . bila try panjang seluar ok, tapi saiz pinggang lak besar . dah boleh masuk dua orang dah dalam tu .

kesimpulan nya bersyukur lah dengan apa yang tuhan bagi . setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing2 .

tp kalau cik awek2 nak ke pakwe tinggi2 ni?? . mesti x nak sebab bila bergambar cik awek nampak rendah . ahaha .

korang ada niat ke nak jadi tinggi???nak??sama la macam aku.....uhuk3x...shhh

Tuesday 21 June 2011

.:MAKCIK 2020:.


makcik2 dahulu kala amat susah untuk berkomunikasi dengan orang jauh . kalau nak kirim surat belum tentu dalam seminggu surat diterima . kalau nak ziarah ke rumah pula nanti mengambil masa yang lama untuk sampai . rasa rugi pulak berjalan jauh semata-mata nak tanya 'sihat ke tidak' .

tetapi kini teknologi telah memudahkan makcik2 untuk berhubung . semua nya di hujung jari . kawan2 lama semua boleh ditemui di facebook . pernah kah kita terpikirr macam mana kehidupan makcik dan teknologi di masa akan datang . situasi ini mungkin boleh diambil ikhtibar atau renungan semata-mata .

*************

--SEORANG MAKCIK YANG SIBUK BERFACEBOOK MEMANGGIL ANAK NYA 'USOP'--

usop tolong mama ambil barang kat kedai runcit "CIK KIAH ENTERPRISE SDN BHD"

mana list barang yang nak kena ambik tu mama??

usop pergi amik je dekat kedai tu sebab tadi mama dah "FAX" kan "QUOTATION" barang-barang yang mama nak.

tapi usop tak tahu jalan lah mama .

itu pun mama nak kena ajar ke . pergi lah "GOOGLE MAP" pastu klik "direction". takpun usop pinjam kereta buruk "FERRARI" ayah kamu kat "TINGKAT 3" tu . dalam tu ada "GPS" .

iyelah mama .

satu lagi . nanti usop "VIDEO CALL" dengan abang long . tengok dia kat mana and suruh dia balik . tadi dia cakap nak pergi masjid, tapi mama tgk baru tadi dia "TWEET" kat Bukit Bintang . ada yang tak bau syurga nanti baru tahu .

ada apa2 lagi tak mama??

owh lupa pulak mama . nanti suruh setiausaha mama call Mark Zuckerberg untuk "LIKE" page official mama .   hari tu mama dah "POST" kat "WALL" Mark tu tapi dia "REMOVE" pulak .

*******Usop pun tiba di kedai Cik Kiah********

"nah ni barang yang mama kamu pesan" kata Cik Kiah.

"daun kari dengan serai je???" . Usop menterbeliakkan mata nya .

"memang lah . sekarang ni susah nak dapat barang ni . kena tunggu musim sejuk "

Usop terimpak maksima mendengar penjelasan Cik Kiah itu .

"nanti cakap kat mama kamu, Cik Kiah Bank-in duit baki barang2 ni esok tau" . terkumat kamit mulut Cik Kiah bercakap sambil menekan i-pad 16 (sekarang dikenali sebagai i-pad 2).



**********Usop pun tiba di rumah************
tiba2

"aaarggggghhhhh"

nape mama??? nape mama??

"BLOG" mama kena hack dengan cik anon...

cik anon jual ikan laga tu ke..??

ANONYMOUS la...

lalu makcik itu pun post kat FB nya "OMG blog i kena hack . bencinya . siap lah kalau i tahu siapa punya kerja . grrrrrrrrr ."

Sunday 19 June 2011

.:Ini Semua Sebab Ayah Lah:.


Buat Ayah ku yang tercinta, nukilan ini khas ku tujukan buat mu, ikhlas dan penuh rasa hormat serta diselaputi kasih sayang dari anak mu yang dulunya nakal, tetapi telah dibentuk oleh Ayah yang senantiasa menasihati dan menyara diri ku sejak kecil lagi . Pengorbanan mu tiada nilai nya .

AYAH LAH....

Ayah lah yang mengajar ku erti bersabar
Ayah lah yang mengajar ku menjadi pemurah
Ayah lah yang mengajar ku erti kasih sayang
Ayah lah yang mengajar ku erti bersederhana
Ayah lah yang mendidik ku tentang agama
Ayah lah yang mendidik ku supaya hormat pada orang tua
Ayah lah yang mendidik ku supaya jangan membazir
Ayah lah yang mendidik ku supaya sentiasa bersabar
Ayah lah yang mendidik ku supaya jangan berniat jahat


sebenarnya banyak yang aku belajar dari ayah . ayah seorang yang penyabar . dari sifat ayah itulah membentuk diriku sekarang . boleh dikatakan kebanyakan sukan yang aku ceburi sekarang banyak pengaruh dari ayah . ayah juga tidak lokek berkongsi ilmu .

kadang2 ayah ku biarkan anak2 nya makan dahulu . Ayah amat menitik berat kan pasal makanan . Masa kecil dulu Ayah akan marah kalau kami beli mainan selain dari makan . Siang malam Ayah bekerja . tak tahu macam mana nak membalas jasa Ayah nanti . walaupun semua gaji ku diberi pada ayah , tak ternilai dengan kasih sayang yang aku dapat .

sorry tiba2 rasa nak nangis...AYAH LAH ni....

~SELAMAT HARI BAPA AYAH~


p/s : rindu jugak kat ibu yang sedang menunaikan umrah....semoga selamat pulang ibu...

Friday 17 June 2011

.:Pepatah Telah diPatahkan:.



Pepatah ada menyebut "tak kenal maka tak cinta'' . jom kita kenal . boleh la bercinta . salah tu . sebenar nya "tak kenal maka tak kenal la" . betul tak .

so mission aku hari ni ialah mematahkan beberapa pepatah untuk di sesuaikan dengan situasi zaman sekarang . semua ini adalah rekaan semata-mata . untuk bersuka ria dan bergumbira . jangan terasa atau bermasam muka . enjoy lah yer .

takkan lari gunung dikejar - sekarang ni orang dah sibuk kejar glamour . kesian gunung dah tak ada orang kejar .

sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua - tupai dalam cerita spongebob boleh hidup dalam air . kalau lompat pun takkan jatuh punya .

di mana ada kemahuan disitu ada jalan - jalan raya kat malaysia jadi sesak sebab terlalu banyak kemahuan .

melepas batuk di tangga - orang sekarang bukan setakat melepaskan batuk je kat tangga, melepaskan kahak pun dah ada . pengotor betul . jangan ada yang melepaskan bayi di tangga sudah .

jika tidak di pecahkan ruyung manakan dapat sagu nya - supermarket sekarang dah ada orang jual sagu . jangan nanti ada orang pecah pintu super market semata-mata nak dapat kan sagu .

air dicincang tak akan putus - sesiapa yang tak bayar bil air dalam masa 2 bulan, bekalan air mereka akan  diputuskan atau dipotong buat sementara waktu . so lepas ni kalau tak bayar bil, cincang macam mana pun air tu tetap akan putus .

org2 tua juga ada berpesan :-


anak dara menyanyi kat dapur dapat laki tua - elerh sekarang diorang sendiri yang nak laki tua . hehe . gurau je . jgn marah .

makan jangan suka beralih banyak tempat, nanti kawin banyak - yang ni aku suka . so tak payah ubah2 ...-.-


Wednesday 15 June 2011

.:Mencari Awan Dania:.


korang pernah ke??guwa first time kot . nak dijadikan cerita minggu lepas guwa kena balik terengganu sebab mak saudara guwa kahwin . so guwa kena naik kapal terbang sebab dah lambat, esoknye dah bersanding . syok giler rase first time naik flight . jom layan cerita guwa mencari awan dania@scha al-yahya . tapi AWAS jalan penceritaan sedikit hek eleh kerana diceritakan oleh budak yang JAKON first time naik kapal terbang ...

sampai je dekat Skypark Terminal 3 Subang, guwa dah mula rasa gabra dan nebes . takut2 scha nyorok nak intip guwa dalam diam . guwa macam biasa lah . cool je . tapi dalam hati ada mesin tebu . maka terlintas lah seorang demi seorang aweks2 berbaju oren @ pramugari Firefly . tak ade pun muka macam scha . sume mekap dah tebal 3 inci guwa tgk . tapi diorang make up lawa2 tu pun, salah satu cara nak attract customer . cuba dia letak hantu kak limah jadi pramugari, guwa sanggup duduk kat luar pintu kapal terbang semata mata nak turun cepat nanti .



maka pencarian awan dania diteruskan lagi . lepas guwa bank in check in, dia check pulak barang2 yang guwa bawak . so kena keluarkan lah semua handphone, dompet, kunci, pintu suka hati, mesin masa hadapan dan segala jenis kuih yang ada dalam poket . takut gak guwa kalau tiba2 mesin dia tu terbunyi . kalau berbunyi gak guwa cakap la guwa masih teruna lagi .ahaha .

"welcome to Firefly" sergah pramugari yang sedia terpacak kat pintu kapal terbang tu . guwa pun terus duduk seat belakang sekali . port guwa mesti lah tepi tingkap . excited woo .

"sila pasang tali pinggang keselamatan anda, pintu keluar berada di hadapan dan dibelakang anda" . kelakar gak guwa tgk akak pramugari ni angkat2 pusing2 tangan nak bagi instruction . terpaksa tebal muka setebal mekap dia tu . tapi kenapa awan dania yang guwa cari tak muncul2 lagi . saja je guwa tak pakai tali pinggang dulu, mana la tahu awan dania datang tolong pasangkan .



selalu nya kalau dalam cerita kat tv diorang akan bagi makanan dalam flight . so guwa pun tunggu lah awan dania serve kan makanan . guwa ingat nak order je nasi goreng tomyam . tapi pikir2 balik guwa takut diorang hantar guwa main kat luar je nanti . 5 minit pastu datang la sorang pramugari tanya ."sir u want bla bla or bla bla or mango juice??" . guwa pun jawab dengan confident "give me a mango juice please" . padahal masa dia speaking tu guwa dgr mango juice je .

alamak apa pasal kapal ni bergegar pulak . guwa dah panik . tali pinggang keselamatan guwa dah ketat sampai tak boleh bernafas . dah ready sebarang kemungkinan . ni semua pengaruh tv la ni .tapi guwa tgk pakcik kat sebelah relax je . lepas tu baru lah guwa paham sebenarnya kapal terbang tu langgar bonggol awan, sebab tu bergegar skit . fuhhh nasib baik guwa tak berpeluh . kalau tak malu je dengan awan dania .



45 minit . cepat giler rasa nya dah sampai kota bharu . guwa punya excited dalam kapal terbang sampai tak tidur sebab asyik tengok luar tingkap je . maklumlah sekali sekala berada di ATAS . tapi guwa sedikit hampa sebab tak dapat jumpa awan dania . tapi nak sedapkan hati, guwa berfikir di luar kotak sikit, mungkin hari ni dia cuti kot sebab baju dia basuh .

lepas ni memang nak rasa naik kapal terbang selalu . bukan apa kadang2 guwa ada tgk gak budak2 yang dari asrama nak balik kampung naik flight kot . guwa dulu masa asrama naik bas je . itupun kena amik dua bas . silap2 masa akan datang makcik2 naik kapal terbang je nak pergi pasar, beli ikan kat paris .



p/s : baru guwa tahu sebab apa guwa x dapat jumpa awan dania . rupa2 nya episod cerita tu dah habis . buat penat je guwa pakai smart2 hari tu . ishh

Sunday 12 June 2011

.:Ada Apa Dengan 100:.

humang ai . dah lamo den tak mengap-to-date kan belog yang tak menjana minda ni . idea pun tengah kering lagi ni sekering poket yang belah kanan ni . belah kiri penuh je . tapi penuh dengan resit minyak motor dengan resit makanan je la .



hari ni je aku dah bace nak dekat 100 entry kat blog yang aku follow . maklumlah hari ahad takde buat ape . banyak lah jugak jumpe blog yang baru lagi menarik . nanti aku share ngan korang .

sebenar nya ari ni aku nak menunaikan hajat kawan aku untuk menjawab 100 soalan yang tak menjana minda ni . ahahaha . tak silap aku dulu soklan2 ni orang buat kat fb . last2 aku lak berjangkit kena buat benda ni .

*sebarang jawapan tak semestinya betul . so korang kena berfikir di luar kotak sikit .


WHAT WAS YOUR:
1. Last beverage: milo ais tanpa straw
2. Last phone call:  awek maxis yang jawab  (kredit aku habis la...)
3. Last text message: kau tunggu aku kat tempat biase..
4. Last song you listened to: lagu iklan 
5. Last time you cried: tak nangis tapi sedih tak dapat tgk maharaja lawak live kat tv 


HAVE YOU EVER:
6. Got back with someone you've broken up with: ermm...arrrr....orrrr
8. Kissed someone & regretted it: cium mak sebelum g keje...perlu ke menyesal?
9. Lost someone special : Yes (T.T)...ini serius
10. Been depressed: masa takde duit
11. Been drunk and threw up: minum ribena mabuk x?

LIST THREE FAVORITE COLORS:
12. kaler padi masak
13. kaler sehijau warna daun (macam tajuk novel je)
14. kaler lautan bergelora

THIS YEAR HAVE YOU: (2011)
15. Made a new friend: Yupz...banyak...lagi2 bila baru buat blog ni..
16. Fallen in love: jatuh dalam cinta??
17. Laughed until you cried: tengok lawak amir dalam maharaja lawak...
18. Met someone who changed you: ada2
19. Found out who your true friends were: Yaaa...but not sure yet..
20. Found out someone was talking bad about you : ermm ada...dia cakap aku hensem
21. Kissed anyone on your Facebook friend's list: Lisa surihani kot...teeetttt

GENERAL:
22. How many people on your friends list do you know in real life: 50%
23. How many kids do you want?: boleh buat team bola sepak dengan bola jaring....:D
24. Do you have any pets: wonderpets...membantu anak tenuk dalam kesusahan...
25. Do you want to change your name: Seth Zul...(sila muntah...)
26. What did you do for your last birthday: menyorok dalam semak takut kena tepung+telo
27. What time did you wake up?: wake me up when september end.
28. What were you doing at midnight last night?: midnight?last night?first night?(mcm relate je)
29. Name something you CANNOT wait for?: hari esok...
30. Last time you saw your Mother: petang tadi sebelum mak pegi keje..
32. What are you listening to right now: unggas2 berlari keriangan
33. Have you ever talked to a person named Tom: ada2..Mr. TOMbol..marah dia sebab rosak
34. Who is getting on your nerves now?: nerves ke nervous?
35. Most visited webpage: Belog terfaktab 
36.Whats your real name: Muhammad Zulhilmi
37. Nicknames: zul, zoul, mie hoon panjang, spider
38. Relationship Status: ermm...arrr...orrr...
39. Zodiac sign: scorpion
40. Male or female?: Male...tulen bang
41. Primary School?: SMKKJ
42. High School?: TiKL
43. College?: UITM SHAH ALAM
44. Hair color: rambut sama hitam...hati lain2
45. Long or short: apa? rambut ka jari kaki?kalau rambut mesti lah pendek.
46. Height: sama tinggi dengan cristiano ronaldo...
47. Do you have a crush on someone? Ada. Masa sekolah dulu..
48: What do you like about yourself: yourself??ke myself??
49. Piercings: kalau nak rasa wedges saiz 6 mak aku bleh la cuba..
50: Tattoos: dulu masa kecik2 ada...yang pembalut chewing gum tu..kena letak air kalau nak melekat...
51. Righty or lefty: Right

FIRSTS :
52. First surgery: macam bunyi sarjan hassan je..
53. First piercing: sama macam 49
54. First best friend: adik aku..
55. First sport you joined: berlari2 anak dalam perut mak...
56. First vacation: kalau cuti MC kira vacation gak tak..
57. First pair of trainers: haa?

RIGHT NOW
58. Eating: roti kacang meriah merah 
59. Drinking: tunggu adik aku buatkan...aku tahu minum je..ehehe
60. I'm about to: post entry ni dalam masa 10 minit lagi
61. Listening to: kata hati
62. Waiting for: miracle
63. I'm feeling: rasa nak kawin...ehehe

YOUR FUTURE :
64. Want kids?: of course :P
65. Get married?:  calon belum ada...
66. Career : Civil Engineer

WHICH IS BETTER : 
67. Lips or eyes: tak pernah lak dengar dari bibir turun ke hati...??
68. Hugs or kisses: saya sayang mak saya...
69. Shorter or taller: Taller.
70. Older or Younger: how young are you??
71. Romantic or spontaneous: spontan la....dari spontan boleh jadi romantik..
72. Nice stomach or nice arms: Dua-dua.. hee~
73. Sensitive or loud: loud sensitive
74. Hook-up or relationship: Relationship
75. Trouble maker or hesitant: hesitant

HAVE YOU EVER :
76. Kissed a stranger: suka hati kau je nak kiss makcik jual kuih tu...
77. Danced in the rain: pengaruh tgk criter hidustan la ni
78. Lost contacts: Haah~
79. Sex on first date: dosa la dol OMG...OMK (oh mak kau)
80. Broken someone's heart: Ya.Sorry.Tak Sengaja
81. Had your own heart broken: its complicated to said..
83. Turned someone down: entahla
84. Cried when someone died: Ya. My Granpa. (dah sedih dah ni bila teringat)
85. Fallen for a friend?: Yess and it hurt :(

DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself: Yes
87. Miracles: Yes
88. Love at first sight: Bolehlaa
89. Heaven: Yes
90. Santa Claus: pak cik yang jambang putih bawak jet ski tu ke?
91. Kiss on the first date: ...
92. Angels: kurt angle

ANSWER TRUTHFULLY:
94. Had more than one girlfriend/boyfriend at a time: zul baik orang nye...:D
95. Did you sing today?: Nop just miming
96. Ever cheated on somebody?: Pernah.Terpaksa.
97. If you could go back in time, how far would you go?: setengah jam yang tadi..buang masa je jawab menda ni..ahaha
98. If you could pick a day from last year and relive it, what would it be?: barang yang lepas jangan di kenang
99. Are you afraid of falling in love?: takut...nanti sakit tak ada sape nak letak ubat..

100. Are you afraid of posting this as 100 truths?: takut diorang tak percaya...:P







..best jugak jawab benda nie :)..

p/s : kalau korang baca sampai habis, memang aku sayang korang...:D

Sunday 5 June 2011

.:Korang Pandai Mengeja Tak??:.


"A . Y . A . M " bunyi nya buaya....pakcik salah tu,!!! A.Y.A.M.  bunyinya "chicken rice shop bukan sekadar nasi ayam" . sengih pakcik tu melihat cikgu joyah yang seperti keanak anakan .

sebenar nya aku bukan nak ajar bahasa melayu mahupun mengimbas kembali zaman tadika korang . just nak kongsi rancangan yang aku baru tgk tadi iaitu
 "2011 NATIONAL SPELLING BEE" .

orait aku review sikit pasal pertandingan ni . beberapa kanak2 di amerika yang average umur 11-15 tahun yang berkaca mata cembung mahupun cengkung terpilih untuk masuk pertandingan ni . lepas tu diorang akan di uji dengan perkataan atau dalam bahasa omputih nye 'word' . kalau sapa yg x dapat jawab diorang akan disingkirkan .



tapi apa yang menarik dalam rancangan ni (selain tgk muka budak2 skema) ialah perkataan yang diberi . aku bukan nya cakap aku ni tak pandai tapi kenapa bila juri tu bagi perkataan je aku akan eja salah, tapi budak yg umur 14 tahun tu bukan main relax je eja siap betulkan spek lagi . grrr . dah la bagi word yang berstandard internasionale . aku rasa kalau korang dengar pastu nak try eja mesti sorang eja bunyi jawa, sorang eja bunyi bugis paling teruk bunyi sengau .ehehe

yang hebat nya pasal budak2 ni, bila dah tinggal lima orang masing2 tak nak kalah . semua eja betul . tak tahu lah sama ada perkataan makin senang atau diorang ni terlampau bijak . aku pulak asyik teka salah eja .

diantara bahasa/dialek yang digunakan ialah  

LATIN                             PERSIAN
ITALIAN                         TURKISH
GERMAN                        PAPUAN
MAYAN                          HEBREW
NAHUATL                      GAELIC
SCOTTISH                      SANSKRIT

*kalau dia guna bahasa jawa mesti cik naddia dah jadi juara...ahaha
*kalau dia tak suruh eja tapi suruh lukis dah tentu ain zulaikha menang....:D

sekarang tengok pulak contoh2 word yang senang diorang bagi kat budak2 tu...

INGBERLACH                                         CAPERCAILLIE
PANGUINGIE (TAGALOG)                      OPODELDOC
CACIOCAVALLO                                    RAPAKIVI
ZORTZICO                                              HUIPIL
ZWISCHENPIEL                                     GAZOZ (ARABIC)
ROUGEOT                                              FORCERCOUS
GRAVICEMBALO                                   POLATOUCHE
EPHELIDES

yang aku paling tak tahan bila keluar perkatan "VOLKERWANDERUNG"

dan aku try eja bunyi nye macam ni "W.A.L.K.E.R.W.O.N.D.R.U.N.K." .bila tgk2 balik ejaan tu macam (pejalan kaki+menang+mabuk) . okay fine . salahkan juri tu yang sebut salah . teeettt .

elerh cuba bagi diorang eja ayat melayu macam 'KESINAMBUNGAN' atau 'ANJAKAN PARADIGMA' ke . mesti semua jadi gila sekejap . lepas tu sibuk la nak cari belacan dengan cencaluk bagi macam lidah melayu sikit . ehehe .



p/s : satu satu nya perkataan yang aku dapat eja masa rancangan tu ialah CHEONGSAM . bangga sorang2 kat depan tv ...:D

Wednesday 1 June 2011

.:Aku, Followers, Blogwalking:.



Yesss sudah 15 hari blog aku bernafas...tiba2 jiran sebelah menyahut "hek elerh baru lima belas hari"...biaq pi la cheq nak hingak...ntah betul ke tak loghat aku ni . mesti pelik kenapa lima belas (15) . aku memang suka betul nombor 15 ni . kalau boleh nak jersi bola pun nak nombor 15 . nak nombor rumah pun 15 . nombor plate pun 15 . semua lah 15 . bini je tak boleh 15 . ehehe . tapi sebab apa 15? nanti aku cerita ....

Sebenarnya kali ni aku nak kongsi semua blog2 yang aku kenal or yang selalu aku baca . 


First of all (english education) aku nak cerita pasal followerssss aku (bukan main banyak ssss padahal ada lapan follower je) . thanks kat diorang sebab sudi follow blog yang tak menjana minda ni . ehehe .


haa ni nama nya Baan . dia lah first follower aku . tahniah2 . hadiah nye pelancongan ke blog aku selama 3 hari 3 malam . ehehe . dengar cerita dia dah ada awek . aku dah request dia post pasal dia ngan awek dia kat blog . kalau nak tahu lebih lanjut singgah la kat blog http://nakjuga.blogspot.com/


tak habis2 ngan Yoona dia . kacak orang nya (kena belanja aku roti naan ni) . dia lah salah satu faktor aku semangat nak buat blog . kalau nak edit2 blog selalu nya aku suruh dia lah . Schafiq ni senang nak ajak lepak, story pasal korea ke, pasal bola ke, pasal awek-awek dia ke....paddia ehem ehem . aku ngan dia memang "die hard fan" Manchester United . so kalau korang nak tahu pasal manchester boleh la usha blog dia . nak ngorat pun boleh . dia ada "evo" kot .ehehe .


.http://mesintetaip.blogspot.com/ ada lagi ke orang guna mesin taip sekarang ni . ehehe . FRED nama diberi . dia punya entry sangat simple tapi best di bace . ni member aku time matrix . selalu buat kelakar and sporting ngan semua orang . paling best moment ngan FRED ni bila time study week orang lain sibuk study aku ngan dia bleh pulak lepak macam esok nak cuti dah . tak sabar nak lepak ngan dia lagi . tapi tak nak time study week la . taubat dah ni .


mak cik ni name nye Iza . dia aku tak tahu lah nak describe macam mana (tengah malas nak pikir sorry iza) . tapi dulu kalau aku nak cari cerita korea best2 aku tanya lah dia . sekarang ni blog dia tengah cerita pasal praktikal .so aku jarang singgah . ehehe .



dia sekarang mesti tengah bz dengan encik bf baru @ Satria Neo . bawak aku jalan2 pun sekali je . sampai hati kau adyla liana. gurl paling sempoi dalam batch aku . nak ajak lepak ke pergi mendaki ke pergi sapu rumah jiran boleh la ajak dia . serba boleh . pandai gak orang nya . ehem ehem .



Paim ni budak medic . so kalau sakit pergilah blog dia . ahaha . dia minat kat Hanis Zalikha . aku pun minat ni  . so macam mana nak settle ni paim . ehehe .


Nama blog ni Santan Berlada . aku ingat santan berkrimm je ada . dalam blog ni banyak info and entry yang best untuk di baca . thanx bro follow gua . followers dia dah beratus ratus tu . kalau nak usha pergilah kat http://deandian.blogspot.com/



last sekali nak kenal kan kat korang amira naddia . hai hai hai . tebabow (bunyi adik aku langgar peti ais) . aku selalu singgah blog dia (malu nak mengaku ni ) . suka giler cara dia mengekspresikan dan menterjemahkan serta mengkombinasikan cara penulisan dia . sangat sempoi cik naddia ni . kelakar orang nya . comel pulak tu (habislah aku kena kamehameha dengan encik Goku dia ) sorry yer encik Goku . tak sangka dia boleh follow blog aku dan siap komen lagi tu . terasa rendah diri sebab follower dia dah 1000++ pastu masih lagi sudi follow blog aku yang ada 5 post je ni . ehehe . so boleh lah singgah blok cik naddia ni kat http://amiranaddia.blogspot.com/


Berdasarkan blog2 walking and running serta guling2 aku setakat ni, terdapat beberapa suggestion blog yang aku rasa best (aku je lah yang rase korang x tau lah....)

kalau ada yang malas nak membaca tapi suka tengok gambar boleh la pergi kat blog cik ain zulaikha ni . banyak kartun2 comel . dia ni pun ramai followers dan suka blogwalking . dia selalu komen entry aku ehehe .(gelak2 malu) .

kalau nak usha blog yang cerita pasal cintan cintun atau jiwang2 boleh pegi kat sini terfaktab

blog yang sempoi dan kelakar kat blog zackzukhairi serta sayafaiz .

sapa yang rasa dia maskulin boleh maskulin kan diri kat sini dunialelakimaskulin

sebenarnya banyak lagi blog2 yang menarik . nanti lah aku share lagi sebab dah ngantuk ni . esok kena bangun awal pergi azan subuh .ehehe . 

p/s : pasal nombor lima belas tu nanti aku criter kat post terbaru .